Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
(Surah Al-Mulk, 20)
Pernah tak kita rasa 'secure' sangat sebab ada simpanan banyak, kabel besar, atau pengaruh kuat? Ayat ni sebenarnya satu 'teguran sentap' yang buat kita fikir balik—siapa sebenarnya yang jaga kita selama ni?
Apa yang ayat ini ajar kita?
Jangan Terpaku pada 'Tentera' Zahir — Kita sering anggap harta atau sistem pertahanan sebagai pelindung. Hakikatnya, sehebat mana pun 'tentera' yang kita ada, ia takkan berguna kalau Allah menghendaki sesuatu musibah berlaku.
Rahmat Allah Adalah Perisai Sebenar — Menariknya, Allah guna nama Ar-Rahman (Maha Pemurah) dalam ayat ni, bukan nama yang melambangkan kekerasan. Ini nak beritahu kita bahawa keberlangsungan hidup kita ni bukan sebab kita kuat, tapi semata-mata sebab rahmat-Nya yang sangat luas.
Bahaya Penyakit 'Syok Sendiri' — Ramai yang rasa selamat sebab terpedaya dengan sangkaan sendiri (ghurur). Ia macam seseorang yang rasa dia hebat padahal prestasinya rendah; dia tak sedar dia sebenarnya sedang menipu diri sendiri demi menyedapkan hati.
Untuk Pelanggan Muraqabah
Sambungan kupasan ini menanti anda.
Termasuk huraian penuh, analisis mendalam, video penerangan oleh Ustaz Dr. Wan Ji, dan PDF lengkap untuk muat turun.
Beberapa kali saya ulang baca dan meneliti, dan malam ini saya menyiapkan tulisan tafsir ayat ke-20, Surah al-Mulk, untuk kuliah subuh hari Sabtu ini di Masjid Saidina Hamzah, Batu, Kuala Lumpur.
Ayat ini mengingatkan kita kepada kekuasaan Allah yang menakjubkan -- burung yang terapung di udara, bebas dan taat, hanyalah kerana kehendak-Nya. Dari ciptaan yang menakjubkan ini, manusia sepatutnya sedar bahawa hanya Allah yang benar-benar layak disembah.
Berhala? Ia tiada kuasa. Tiada daya. Tiada kemampuan untuk menolong atau menghalang azab. Mengangkatnya seolah-olah sebagai pelindung atau tentera adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Hanya kepada Allah sajalah kita kembali, dan hanya kepada-Nya kita menyerahkan diri dengan penuh keimanan.