Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran)
(Surah Al-Mulk, 21)
Pernah tak rasa macam dah usaha gila-gila, tapi rezeki macam 'sangkut' atau susah sangat nak lekat? Ayat ni sebenarnya teguran halus buat kita yang kadang-kadang terlupa siapa Pemilik sebenar rezeki tu.
Apa yang ayat ini ajar kita?
Rezeki Dalam Genggaman Ilahi — Rezeki bukan sekadar gaji atau harta, malah hujan dan tumbuh-tumbuhan pun adalah kurniaan-Nya. Kalau Allah 'genggam' rezeki itu daripada sampai kepada kita, tidak ada satu 'kabel' atau kuasa pun di dunia ini yang mampu melepaskannya.
Ditahan Kerana Hikmah — Bila rezeki terasa sempit, ia mungkin satu teguran atau azab buat jiwa yang mula sombong. Allah berkuasa menaburkan rezeki ke seluruh penjuru bumi, tapi Dia juga berhak mencabutnya bila-bila masa agar kita kembali bersyukur, bukannya terus mendabik dada.
Bahaya Hati Yang Keras — Kadang-kadang kesombongan buat hati kita jadi kaku macam dahan kayu tua yang dah kering—langsung tak boleh dilentur dengan nasihat. Akibatnya, kita jadi 'nufur', iaitu lari bertempiaran macam haiwan yang ketakutan setiap kali kebenaran datang menyapa.
Untuk Pelanggan Muraqabah
Sambungan kupasan ini menanti anda.
Termasuk huraian penuh, analisis mendalam, video penerangan oleh Ustaz Dr. Wan Ji, dan PDF lengkap untuk muat turun.
Sejak semalam, saya menyiapkan penulisan dan penyusunan tafsir ayat ke-21 Surah al-Mulk, yang telah dikupas dalam Daurah Tafsir Surah al-Mulk di Masjid Saidina Hamzah, Batu, Kuala Lumpur -- diadakan setiap Sabtu dan Ahad, sejam sebelum solat Zohor.
Ayat ke-21 ini menjelaskan satu lagi manifestasi kekuasaan Allah, dengan mempersoalkan keyakinan golongan musyrikin yang menyangka berhala-berhala mampu memberi rezeki.
Jika ditimbang dari sudut logik sekalipun, kepercayaan itu jelas tidak munasabah. Bagaimana mungkin sesuatu yang tidak mempunyai kemampuan berbuat apa-apa, tiba-tiba diyakini berkuasa mengurniakan rezeki?