Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok. Bahkan keadaannya tetap benar, untuk memberi amaran dengan azab yang berat dari sisi-Nya, dan memberi berita gembira kepada orang-orang beriman yang beramal soleh bahawa mereka akan mendapat balasan yang baik. Mereka tinggal tetap dalam balasan itu selama-lamanya.
(Surah Al-Kahfi, Ayat 1–3)
Pernah tak kita baca Al-Quran, tapi rasa macam ia cuma “bacaan baik” sahaja? Tiga ayat awal Surah Al-Kahfi ini sebenarnya mengajak kita melihat Al-Quran dengan lebih dalam — bukan sekadar untuk dibaca, tetapi sebagai panduan yang lurus, menegur bila kita tersasar, dan menenangkan bila kita penat beramal.
Apa yang ayat ini ajar kita?
Al-Quran bukan panduan yang kabur — Allah menegaskan bahawa tiada “kebengkokan” pada Al-Quran. Dalam hidup yang penuh pendapat, tekanan dan kekeliruan, ayat ini mengingatkan kita bahawa wahyu datang membawa arah yang lurus.
Amaran Allah juga tanda kasih sayang — Al-Quran memberi peringatan tentang azab supaya manusia tidak terjerumus ke jalan yang membinasakan. Kadang-kadang teguran itu pedih, tetapi ia menyelamatkan.
Amal soleh bukan sekadar nampak baik — Nota ini menjelaskan bahawa amal soleh perlu ikhlas dan menepati syariat. Jadi, bukan semua yang manusia puji itu semestinya bernilai di sisi Allah.
Untuk Pelanggan Muraqabah
Sambungan kupasan ini menanti anda.
Termasuk huraian penuh, analisis mendalam, video penerangan oleh Ustaz Dr. Wan Ji, dan PDF lengkap untuk muat turun.
Siap menyusun tiga ayat pertama dalam surah al-Kahfi untuk dikuliahkan nantu. Ayat pertama hingga ayat ketiga Surah al-Kahfi terasa menarik untuk dihayati lebih dalam. Ada sesuatu pada susunan ayat-ayat itu yang membuatkan saya ingin terus membaca.
Semakin dibaca, semakin saya melihat persamaan antara surah ini dengan surah sebelumnya, Surah al-Isra’. Seolah-olah kedua-duanya saling berkait dan membawa pesan yang sama.
Pada permulaan ayat ini, Allah menyebut tentang janji syurga bagi orang beriman dan ancaman neraka bagi mereka yang berpaling. Namun di sebalik itu, saya juga melihat adanya pesan tentang sifat kehambaan Nabi Muhammad SAW dan kemurnian akidah.
Allah memuliakan baginda sebagai seorang hamba-Nya, dan pada masa yang sama menegaskan bahawa Allah Maha Suci daripada segala bentuk penyekutuan dan kepercayaan yang salah.